Recent Post

Tuesday, August 11, 2015

Harga minyak pulih daripada paras terendah baharu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

LONDON: Harga minyak mentah pulih hari ini selepas mencecah paras terendah sejak awal tahun ini, didorong beberapa faktor terutama data ekonomi China yang tidak begitu menggalakkan.

Kontrak minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran September naik 58 cents untuk ditutup pada AS$49.19 setong pada penutupan sesi pagi di sini kerana pelabur ambil kesempatan beli pada harga murah.

Dalam dagangan Asia, minyak mentah itu ditutup pada AS$48.24, terendah sejak awal tahun ini.

Kontrak minyak AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran September naik 25 cents kepada AS$44.12 daripada penutupan Jumaat lalu.

Pasaran minyak dibelenggu faktor pertambahan pelantar cari gali di AS dan data ekonomi yang tidak menggalakkan di China," kata Bjarne Schieldrop, ketua penganalisis di Commodities SEB Markets. - AFP




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *