Recent Post

Tuesday, August 11, 2015

Sekadar ihsan sesama insan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: "Walaupun tandas berbau busuk dan hancing, saya tidak peduli, asalkan membantu menyuap makanan kepada Alang.

"Saya lakukan semua ini bukan mencari publisiti, tetapi atas belas ihsan sesama manusia," kata penduduk dikenali Johan, 40, ketika menceritakan kehidupan warga emas, Ahmad Topee Mohd Yusof, 71, yang terlantar akibat lumpuh dalam tandas di rumahnya di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti, di sini.

Johan yang enggan mendedahkan identitinya mengakui, walaupun dia tidak mempunyai pertalian keluarga, tetapi tetap menguruskan warga emas dikenali sebagai Alang selepas keluarga terdekat serta penduduk tidak mempedulikannya.

Katanya, warga emas terbabit sebelum ini tinggal bersendirian di rumah itu sebelum dijaga anak saudaranya, dua bulan lalu.

"Saya mula menjaganya sejak akhir Jun lalu, malah dimaklumkan, dia menerima bantuan bulanan RM300 lebih 10 tahun lalu dan wang ini saya gunakan membelikan makanan selain memasak untuknya," katanya memaklumkan menghantar makanan tiga kali sehari buat warga emas itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *