Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tindakan Dua Lelaki Palestin Ini Amat Membanggakan Dan Menjadi Viral Di Laman Sosial… Sekeping foto milik wartawan Shaul Golan dari lokasi konflik di Esh Kodesh, sempadan Israel- Palestin menjadi viral di Internet. Dalam insiden itu, seorang polis wanita Israel dilindungi oleh warga asal Palestin selepas dia dilemparkan batu oleh puak pelampau Israel.
Gambar tersebut muncul di media sosial pada hari Ahad dan diambil oleh seorang jurugambar, Shaul Golan untuk suratkhabar Yedioth Ahronoth Israel.
Dalam gambar itu, polis wanita "Israel" itu dilihat ketakutan dan tidak memiliki sebarang senjata untuk melindungi dirinya. Ketika itu dia sedang berdiri di antara dua lelaki Palestin dengan tangan yang terbuka mencuba untuk mengelakkan diri dari terkena lemparan batu yang disasarkan ke arahnya . Kedua-dua lelaki itu juga dilihat tidak memegang sebarang sejata apapun.
Zakaria Sadah, warga Palestin yang bekerja sebagai petugas untuk Rabbis for Human Rights, serta rakannya melindungi polis wanita Israel yang sangat ketakutan saat dilemparkan batu oleh puak pelampau Yahudi.
Zakaria dalam sebuah wawancara telefon bersama dengan Times of Israel, menjelaskan "Ketika saya melihatnya, saya tidak memandang seragamnya. Saya melihat orang yang menangis, yang putus asa. Dan saya harus menolongnya."
Ketika polis Israel tiba di lokasi untuk meredakan kekecohan, puak pelampau Yahudi tetap juga melemparkan batu ke arah mereka.
Menurut laporan PBB, puak pelampau Yahudi yang tinggal di situ memang sudah banyak kali menyerang warga tempatan Palestin dan menghalang para petani yang hendak menuju ladang mereka.
Ketika artikel ini ditulis, foto ini telah mendapat sehingga lebih dari 5000 perkongsian di laman sosial Facebook.
Imej ini juga turut mendapat komen positif dari ramai pihak.
Category: Dunia
No comments:
Post a Comment