Recent Post

Friday, August 21, 2015

Jangan Rosakkan Parti, Kembali Kepada UMNO


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KOTA TINGGI – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua anggota UMNO yang tidak lagi memegang jawatan supaya kembali kepada parti dan bukannya merosakkannya.

Beliau berkata mereka perlu kembali kepada UMNO dan bersama-sama dengan yang lain untuk memperkuatkan parti.

Beliau berkata perlu ada kesalingan antara pemimpin atasan dan akar umbi demi memperkukuhkan semula parti, sekali gus memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata hubungan baik antara pemimpin dan ahli parti amat penting dalam menangani apa jua masalah kerana ia mustahil dapat diselesaikan tanpa kesalingan antara kedua-dua pihak.

"Jangan buat keputusan ketika sedang marah dan ketika kita sedih kerana semua keputusan itu tidak rasional. Ingat, kita tidak hebat kerana yang meletakkan kita hebat adalah UMNO," katanya semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Delfa Lok Heng Timur, di sini.

"Kita duduk sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan MB (Menteri Besar) adalah kerana UMNO. Jadi, bila tiada jawatan, kenapa hendak cucuk, kita perlu terus kukuhkan UMNO," katanya.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahaman.

Menurut Ahmad Zahid, semua pihak perlu sedar bahawa bukan UMNO sahaja yang menghadapi masalah tetapi juga pembangkang dalam parti masing-masing kerana masalah dalaman parti adalah putaran hayat dalam politik.

Beliau dalam pada itu, turut mengingatkan anggota parti supaya tidak termakan dengan cucukan dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan parti menggunakan isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya beliau menyokong gagasan UMNO Johor yang mahu siasatan mengenai 1MDB diteruskan sehingga selesai seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid, yang sempat mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum menghadiri majlis perasmian mesyuarat itu, turut menyampaikan harapan Sultan Johor yang mahukan orang Melayu terus bersatu.

"Baginda pesan UMNO lahir di Istana Besar pada 11 Mei 1946. Baginda bukan orang politik dan tidak mahu campur tetapi harapan baginda orang Melayu bersatulah," katanya sambil berkeyakinan hanya UMNO yang dapat menyatupadukan orang Melayu. – BERNAMA

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *