Recent Post

Friday, August 21, 2015

Pertaruh terowong dasar laut


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

am@hmetro.com.my

Georgetown: Projek mega bagi membina terowong dasar laut yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau dijangka mengatasi masalah kesesakan jalan raya, di sini.

Kerja pembinaan terowong sepanjang 6.5 kilometer dari Bagan Ajam di Butterworth ke Persiaran Gurney dan dijangka bermula menjelang awal 2016 membabitkan kos RM6.3 bilion.

Pembinaan terowong itu merangkumi tiga lebuh raya utama iaitu jalan berkembar sejauh 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang turut digunakan bagi kerja pembinaan terowong itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *