Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Melucukan! Ini sahajalah satu perkataan yang terpacul apabila melihat gambar Lim Kit Siang yang diedit oleh pihak-pihak yang 'nakal' untuk menjatuhkan Penasihat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Kononnya wajah dibawah yang memakai uniform komunis ini adalah Lim Kit Siang. Menurut pemilik Facebook ini, wajah ini untuk tatapan mereka yang berusia 20an (termasuk penulis) untuk mengetahui siapa dia orang DAP (Lim Kit Siang) ini.
Tetapi penulis berasa agak musykil dan terfikir. Jika ini adalah wajah lebih dari 50 tahun yang lepas, mengapa Lim Kit Siang tetap kelihatan sama dengan wajah sekarang?
Secara logik, jika kamu semua mempunyai gambar-gambar ayah dan ibu kamu sewaktu zaman muda sudah semestinya wajah mereka kelihatan lain pada waktu muda dan sekarang bukan?
Kemudian penulis melihat pula status yang lain, dari Lan Ampang. Ternyata gambar diatas adalah gambar Chin Peng yang telah diedit dengan menggantikan wajah Lim Kit Siang.
Terus terang penulis ingin katakan. Penulis tidak memihak dengan sesiapa didalam dunia politik ini. Tetapi, dalam kita berpolitik, janganlah sampai jadi 'kurang bijak'.
Jika hendak menjadi seorang penipu, memanglah tidak memerlukan Diploma & MUET tetapi sedikit kebijaksanaan itu haruslah ada.
p/s : Kalau nak edit gambar orang tua masa zaman muda, kena pandai edit kasi hilang kedut dulu baru 'share' tau?
No comments:
Post a Comment