Recent Post

Friday, August 21, 2015

MyTeksi kumpulkan AS$350j pembiayaan tambahan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: GrabTaxi Holdings Pte Ltd, yang dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia, menerima dana tambahan sebanyak lebih daripada AS$350 juta, menjadikannya antara syarikat permulaan dengan pembiayaan yang terbaik di Asia Tenggara.

GrabTaxi dalam satu kenyataan hari ini, berkata dana itu datang daripada Coatue Management LLC, sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat yang melabur dalam teknologi di seluruh dunia.

"Coatue juga melabur dalam dana kekayaan kedaulatan China, China Investment Corporation dan rangkaian pengangkutan sehenti yang terbesar di China iaitu Didi Kuaidi, dengan sokongan daripada pemegang saham sedia ada.

"Ini telah membawa jumlah pembiayaan GrabTaxi kepada AS$700 juta.

"Pelaburan ini bukan saja membuktikan penguasaan GrabTaxi dalam rantau ini tetapi juga menunjukkan potensi pertumbuhan Asia Tenggara pada peringkat global," kata Ketua Pegawai Eksekutif, GrabTaxi Group dan Pengasas Bersama, Anthony Tan.

Selain teksi, dana itu akan digunakan untuk mengembangkan tawarannya seperti kereta persendirian dan motosikal yang dikenali sebagai GrabCar dan GrabBike.

"Dengan mempelbagaikan tawaran kepada kereta persendirian dan motosikal akan membolehkan kami menyentuh orang yang berbeza-beza dari segi tahap pendapatan serta keperluan berulang-alik.

"Dana itu juga akan digunakan untuk membangunkan teknologi dan mengembangkan pejabat kejuruteraan kami di Singapura, Malaysia, Vietnam dan China," katanya.

GrabTaxi yang dilancarkan pada 2012, mempunyai operasi di 26 bandar di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam dengan lebih daripada 110,000 pemandu di Asia Tenggara. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *