Recent Post

Friday, August 21, 2015

PM: M'sia cadang kawal selia internet


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar" pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di ibunegara malam tadi.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubahundang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

"Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia. Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat," katanya.

Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa 'demokrasi di Malaysia sudah mati'.

Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.

"Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya...tidak seperti negara-negara membangun yang lain. Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah," katanya.

Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.

Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.

"Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet," katanya,

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *