Recent Post

Tuesday, October 13, 2015

AF2015: 'Luahan Michael Ang Tidak Penting Bagi Saya' - Edry


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015, Edry Abdul Halim, 39, enggan melayan kenyataan pengarah drama, Michael Ang, yang mempertikaikan kemenangan Sufi dalam konsert akhir popular itu yang dianggapnya tidak relevan. "Saya tidak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam bidang muzik seperti dia tidak penting bagi saya. Lainlah jika yang mempertikaikan itu adalah penggiat muzik. Itu kita boleh ambil perhatian akan pendapat mereka," katanya yang diminta mengulas mengenai tweet Michael Ang yang mempertikaikan kemenangan Sufi serta pemilihan lagu dan artis yang membuat persembahan di pentas akhir AF 2015 itu semalam. Bukan itu saja, tweet Michael Ang itu juga dikritik oleh netizen yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu tidak profesional. Bagaimanapun, Michael menjelaskan tweetnya mengenai AF2015 itu bukan bertujuan mencetuskan provokasi atau mempertikaikan mana-mana pihak. Sebaliknya hanya sekadar gurauan saja. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *