Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekaligus menafikan dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik MH370 di negara itu sebelum ini.
"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya memetik laporan dari Bernama.
Sebelum ini, seorang lelaki, Jamil Omar, membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berikutan dakwaan ibu saudaranya yang berkata penduduk di Filipina menjumpai bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.
Di dalam laporan tersebut, Jamil juga turut melaporkan ibu saudaranya berkata bangkai itu dijumpai bersama banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm dan 89sm lebar. - Siakapkeli.my
Sumber : Astro Awani
No comments:
Post a Comment