Recent Post

Tuesday, October 13, 2015

"SAYA RASA TERKILAN BILA RAMLI MS PERTIKAI BAKAT SUFI" - EDRY


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jika sebelum ini, Edry Abdul Halim tidak peduli dengan komen Michael Ang kerana pengarah tersebut tidak berpengetahuan dalam bidang muzik, terkini pengetua AF2015 itu melahirkan pula rasa terkilannya kepada Datuk Ramli MS.

Ini kerana ketika konsert final AF2015 baru-baru ini, Ramli MS telah menegur lagu ciptaan Sufi sebagai tidak fokus dan terlalu banyak melodi yang disifatkan tidak perlu. Untuk makluman, Sufi telah menyanyikan lagu bertajuk 'Kisah Dua Muka' yang merupakan ciptaan sepenuhnya.

Terdahulu, Edry KRU juga didakwa telah mengherdik Che Ta kerana tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan oleh isteri Zain Saidin kepada Sufi.

Tentang komen Ramli MS, Edry memaklumkan yang komposer terkenal i tu seharusnya memberi galakan kepada orang baharu, bukannya menjatuhkan semangat mereka.

"Saya tidak marah, cuma terkilan bagaimana seorang komposer hebat seperti beliau boleh mempertikaikan bakat seorang pendatang baharu seperti Sufi. Beliau seharusnya memberi galakan, bukannya mengkritik lagu yang dihasilkan.

"Sufi orang baharu bagi saya. Kita tidak boleh sekat orang baharu seperti Sufi untuk berkarya. Sufi akan melalu proses demi proses yang akan mendewasakannya.

"Ramli sepatutnya lakukan kajian, beliau sepatutnya mendengar radio untuk mengetahui di mana kedudukan lagu dinyanyikan Sufi itu," ujar Edry dipetik sebagai berkata.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *