Recent Post

Friday, November 06, 2015

Ardell Nafi Bercinta Dengan Suami Orang


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ardell Aryana atau Nurul Hidayah Mohd Amin menafikan dakwaan bahawa dia sedang bercinta dengan seorang penerbit bergelar Datuk yang juga suami orang. Gosip itu tercetus selepas gambar Ardell dan Datuk berkenaan dirakam dan disebarkan oleh seorang peminat yang kebetulan terserempak dengan mereka di satu destinasi pelancongan popular di utara tanahair.  Gambar mereka yang begitu mesra membuatkan orang akan menyangka mereka sudah lama bercinta. Ardell bagaimanapun menafikan gosip itu dan mendakwa mereka berjumpa hanya untuk berbincang mengenai lakonannya dalam drama terbitan Datuk berkenaan. "Tujuan kami untuk berbincang soal kerja, bukannya ada tujuan lain. Saya mengenali ketika beliau baru membuka syarikat produksinya. Sebelum ini, beliau pernah menawarkan saya berlakon dalam drama terbitannya tetapi kerana telah menerima tawaran lain, terpaksalah saya menolak. Walaupun begitu, hubungan kami berterusan sebagai kawan," kata heroin drama Wadi itu. "Seperti saya katakan tadi, jika berjumpa kami tidak pernah bercerita hal peribadi dan lebih ke arah kerja. Itu sebab saya tidak tahu pun yang dia sudah berkahwin. Tetapi saya tidak kisah kerana kami hanya berkawan, bukannya bercinta," katanya. "Saya tahu kesusahan seorang wanita apabila ditinggalkan suami. Contohnya ibu saya sendiri ditinggalkan suami ketika saya berusia 9 tahun. Itu sebab seboleh-bolehnya saya akan mengelakkannya. Cuma saya suka berkawan dengan Datuk itu kerana tidak tidak seperti segelintir lelaki lain yang gatal dan suka mengambil kesempatan. "Saya menghormatinya kerana pada usia muda sudah mendapat gelaran Datuk. Beliau juga seorang yang terpelajar dan cukup profesional ketika berurusan. Apa yang saya nampak, beliau ada banyak perancangan untuk masa depan saya. Saya senang berkawan dengannya kerana beliau seorang lelaki yang baik, pemurah dan senang dibawa berbincang," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *