Recent Post

Friday, November 06, 2015

[KKM SERBU & RAMPAS cecair VAPE HARI INI] Facebook Kementerian Kesihatan ‘diserang’, Rokok Arak BEBAS, Vape DISITA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR [KKM SERBU & RAMPAS cecair VAPE HARI INI] Facebook Kementerian Kesihatan 'diserang', Rokok Arak BEBAS, Vape DISITA PETALING JAYA: Laman rasmi Kementerian Kesihatan yang menyiarkan rakaman penerangan mengenai isu pengharaman vape 'diserang' pengguna laman sosial gara-gara tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk merampas cecair perasa yang mengandungi nikotin.

Rata-rata mereka tidak boleh menerima kewajaran kementerian bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

Mengikut istilah Kementerian Kesihatan, peranti elektronik yang mengandungi nikotin dikenali rokok elektronik (eCig) manakala tiada nikotin dipanggil vape.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengharamkan penjualan rokok yang sudah terbukti berbahaya kepada kesihatan.

"Sejak bila rokok amek masa 100 tahun baru menyebabkan kanser?perokok-perokok ni ada yang sampai 100 tahun ke ko tengok?

"Then ko kata vape benda baru dan tak pasti akibatnya dan cuma khuatiri mendatangkan kemudaratan, Kaji dulu baru ban..andai akibatnya mendatan gkan kebaikan kan ke rugi banned vape ni?

"Rokok katanya dah wujud beratus tahun dan mmg dh dikenali kemudaratannya, ban terus la pegi jual buat ape? tapi KKM xbole ban sbb political issue..see!!tu sume nak duiittt," tulis Muhammad Amirul Rejab Zakaria yang mendapat lebih 200 likes.

Ada juga pengguna laman sosial yang mengaitkan penjualan arak yang sememangnya diharamkan Islam dan tidak baik untuk kesihatan.

"Tolong haramkan arak dan rokok dahulu, baru haramkan vape.. Arak dah terang-terang haram dlm Islam, tp kenapa Malaysia masih menghalalkan pengeluaran dan penjualan arak di malaysia?? Bukankan Malaysia negara Islam?? Atau Islam atas nama sahaja?? Arak lebih teruk kesan negatifnya daripada Vape.. Haramkan arak dan rokok.. Hentikan kilang arak di Shah Alam..," tulis Sulaiman Arbain yang menerima lebih 100 likes.

"Kerajaan haramkan vape sebab dia takut org tak nak beli rokok. Rokok ada cukai tinggi. Vape mana ada cukai. Diorang mana pikir psl kesih ata rakyat sangat. Kalau diorg pikir dh lama rokok diharamkan. Nk dibandingkan rokok dgn vape, rokok ada lebih 4000 bahan kimia. Vape ada satu je bahan iaitu nikotin. Nikotin hanya menyebabkan ketagihan. So ni semua psl duit diorg je," komen Aliff Illias.

Bagi netizen yang menyokong tindakan Kementerian Kesihatan itu, mereka berpendapat tindakan mengikut Akta Racun merupakan keputusan tepat kerana penggunaan vape semakin berleluasa termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

"Banyak sungguh komen tak bijak di sini. Komen ikut nafsu. KKM nak mencegah kemudaratan pun ramai yang melawan. Fikir pakai lutut ni lah jadinya," tulis Taufiq Jailani.

"Sebagai seorang pegawai akademik ..saye menyokong KKM dan percaya bahawa rokok n vape bukan aspirasi anak muda..kita mesti menyediakan pimpinan masa depan yg bebas dpd jajahan pemikiran vape n rokok..Say No to vape," tulis Wafa Husna Md Zin. -FMT




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *