Recent Post

Friday, November 06, 2015

Lelaki guna iPhone rakam wanita mandi


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

lelaki-ditangkap-suka-rakam-jiran-mandi

PETALING JAYA – Padah kerana cuba merakam gambar wanita mandi menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki direman empat hari selepas polis memperolehi telefon bimbit yang digunakan oleh suspek.

Dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Tropicana pada Ahad lalu, suspek cuba merakam gambar seorang wanita sedang mandi melalui tingkap bilik air kira-kira jam 12 malam.

Walau bagaimanapun kegiatan suspek disedari oleh mangsa yang kemudian bertindak merampas telefon bimbit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas mangsa menjerit apabila suspek  menjulurkan tangan untuk mengambil semula telefon bimbit yang diletakkan di tepi tingkap.

"Telefon bimbit jenis iPhone 5 telah diperiksa dan didapati di dalamnya terdapat rakaman video mangsa sedang mandi berdurasi lebih kurang tiga minit," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa memaklumkan insiden berkenaan kepada pihak pengurusan sebelum  membuat laporan polis. "Bertindak atas maklumat, pada keesokan harinya, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Petaling Jaya telah menahan suspek berusia 40 tahun di rumahnya di Seksyen 12, Petaling Jaya.

"Suspek memberi alasan datang ke kondominium itu untuk melawat rakannya dan mendakwa telefon bimbitnya hilang di kawasan itu," katanya.

Mohd Zani berkata, telefon bimbit berkenaan dihantar ke bahagian forensik untuk dianalisis untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan:

Tertusuk Buluh Bendera Parti

Lebih 1,000 Dipindahkan Di Kelantan

Kondom Dalam Bakul Motosikal

Bomoh: Jais hantar pegawai pantau

Pintu tercabut jadi penyelamat

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *