Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menghitung Hari, Mila Jirin Umum Tarikh Bakal Nikah!
Bagi yang mengikuti perkembangan Mila Jirin, sudah pastinya ingin mengetahui bilakah tarikh beliau akan mendirikan rumah tangga.
Artikel menarik:- Mila Bakal Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi
Untuk pengetahuan, pelakon kecil molek ini bakal menamatkan zaman bujangnya 11 November ini bersama jejaka pilihan hatinya, Isz Mustapha, 34 yang juga merupakan pengurus peribadinya.
Majlis akad nikah Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 28, dijadual berlangsung di Hotel E-City @ One Utama, Subang Jaya, Selangor.
"Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang pada 20 Disember depan manakala satu jamuan makan malam bersama wartawan pula akan berlangsung di Subang Jaya, Selangor pada 23 Januari 2016," kata Mila kepada Kosmo!
Tahniah diucapkan buat Mila. Semoga segala persiapan Mila dalam menuju hari pernikahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Apa yang penting, kehidupan Mila selepas ini pastinya lebih lengkap dengan kehadiran suami tercinta.
11,563 total views, 11,563 views today
No comments:
Post a Comment