Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Saya terharu apabila pengeluar pelbagai produk mahu melamar saya sebagai duta. Bagaimanapun, saya tidak mahu gelap mata. Setakat ini, saya hanya memilih tiga jenama berbeza iaitu untuk tudung, busana dan produk penjagaan kulit.
"Saya banyak menerima tawaran menjadi duta selepas fenomena drama Hati Perempuan, namun saya tidak mahu tamak. Saya bimbang tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya jika sibuk di lokasi penggambaran," kata Mia yang merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia X.
Bersandarkan drama bersiri Hati Perempuan, graf populariti Mia terus meningkat naik. Mempunyai hampir 900 ribu pengikut di laman Instagram, gadis manis bertudung litup itu buka n saja tidak menang tangan menerima tawaran lakonan, malah Mia turut menjadi buruan usahawan pelbagai jenama produk untuk melamarnya sebagai duta.
"Saya pernah lebih sebulan tidak menerima tawaran lakonan kerana terikat dengan jadual promosi sebagai duta. Sebenarnya, keutamaan saya masih sebagai pelakon dan menjadi duta hanya rezeki sampingan," kata Mia lagi.
Terbaru, Mia kini dilantik menjadi duta bagi jenama kecantikan tempatan, Pesona Ayu Skincare. Tidak mahu menipu peminat di luar sana, Mia telah terlebih dahulu mencuba dan merasakan keberkesanan produk ini.
"Sejak dulu saya mahu menjadi duta produk kecantikan. Ada beberapa jenama pernah merisik tetapi kurang menarik perhatian saya. Bagaimanapun, produk Pesona Ayu Skincare berbeza. Saya sudah menggunakannya sejak beberapa bulan lalu."Tidak mudah untuk saya menerima tawaran sesuatu produk. Prinsip saya kena cuba dulu. Saya bimbang nama saya terpalit dengan pelbagai komen kurang enak jika pengguna tidak berpuas hati. Setakat ini, produk ini telah memberi kesan positif terhadap kulit saya," jelas Mia mengakhiri perbualan.
Artikel oleh: Kamaruddin Razal.
Artikel ini disiarkan pada Rabu, 4 November 2015.
No comments:
Post a Comment