Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Datuk Rosyam Nor selaku penerbit bagi drama 'Dawai Asmara' akui dirinya terkejut apabila pelakon Ika Nabella, 26, ditumbuk oleh pengarah drama itu Azma Aizal Yusoof.
Disebabkan insiden tersebut, Rosyam telah mengarahkan penggambaran drama 'Dawai Asmara' ditangguh bagi pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
Rosyam berkata dia sudah pun bertemu dengan pengarah berkenaan selain membantu siasatan pihak polis.
"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,.
"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran dr ama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.
Tambah Rosyam, drama yang turut dibintangi oleh Sherry Merlis dan Mahmud Ali Basha itu bakal disiarkan pada Januari tahun hadapan untuk TV3.
Terdahulu, Ika mendakwa dipukul seorang pengarah drama di lokasi penggambaran di Hulu Klang tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki tersebut.
Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada malam hari kejadian.
Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengar ahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.
Sementara itu, Ika ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kejadian itu atas arahan pihak berkuasa dan keluarga selain atas faktor keselamatan.
"Saya masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi. Saya sudah membuat laporan polis malam tadi (Isnin) dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis.
"Buat masa ini pihak polis dan keluarga minta supaya saya tidak memberi sebarang komen atas faktor keselamatan diri saya. Saya doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," jelasnya.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment