Recent Post

Wednesday, November 04, 2015

'Siang Malam Mak Menjaga Aku Yang Menghidap Kanser Hidung Tahap 4'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gambar kiri hiasan sahaja Aku ditakdirkan menghidap kanser hidung tahap empat. Doktor memberitahu aku bahawa aku hanya dapat hidup dalam tempoh setahun saja lagi. Bagai nak kelam saja dunia apabila mendapat keputusan biopsi itu.  Aku disarankan oleh doktor untuk membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Aku turutkan sahaja agar aku dapat sembuh.  Semasa sesi kemoterapi, siapa yang temankan aku siang dan malam? Yang jaga makan minum aku? Yang tidak pernah berhenti berdoa untuk aku? Yang sentiasa membelai aku tanpa jemu? Yang sentiasa memberikan senyuman dan semangat pada aku?  "Mak aku.." Mak sanggup turun beli makanan yang aku dapat walaupun aku tahu mak takut gunakan perkhidmatan lif. Mak menasihatkan aku agar berpantang dari makan ayam dan telur. Jadi, mak mengorbankan dirinya siang dan malam turun membeli makanan untuk aku.  Malam, bila aku terjaga dari tidur, mak pun terjaga juga. Mak akan usap dan belai aku. Bila aku muntah darah, mak akan ambil plastik tahan muntah. "Terima kasih mak.." Mak yang uruskan semua hal-hal di hospital. Selesai sesi kemoterapi dan radioterapi, aku dibenarkan pulang ke rumah. Aku ingatkan sudah habis ujian aku tetapi rupanya belum.  Dua bulan selepas itu, kanser merebak ke tulang. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Siang dan malam aku sakit dan tidak dapat tidur. Siapa temankan aku? Mak. Aku tak dapat tidur, mak pun tak akan tidur. Mak akan usap badan aku sampai aku tertidur.  Bila aku menangis menahan sakit, mak pun akan menangis sama. Macam-macam mak masak untuk aku makan walaupun aku tahu mak penat. Mak nak aku sembuh. Bila aku berputus asa, mak akan bagi semangat. Mak tak pernah jauh dari aku sehinggalah saat ini aku masih lagi bertarung dengan kanser aku. Mak akan sentiasa di sisi. "Terima kasih mak.." Aku sentiasa berdoa kepada Allah, andai aku dipanjangkan umur dan sembuh, aku akan menjaga mak sebaiknya. InshaAllah. - Muhammad Al Fatih. Difahamkan, Muhammad Al Fatih adalah seorang guru yang ditugaskan di sekolah di Sarawak. Pernah memohon untuk bertukar ke tempat asalnya namun permohonannya tidak dilayan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meskipun alasan untuk bertukar adalah amat serius. Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *