Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pengakuan Tergempar Ika Nabella Berhubung Insiden Dipukul!
Berhubung insiden PANAS! Ika Nabella Dipukul, Gagal Penuhi Permintaan Pengarah, beliau kini mengesahkan sudah membuat laporan polis.
"Semalam selepas berehat seketika, sekitar jam 12 tengah malam saya ditemani kawan dan adik membuat laporan mengenai insiden itu di Balai Polis Hulu Klang.
"Saat ini, saya hanya menunggu siasatan lanjut pihak berkuasa. Penggambaran drama itu juga dihentikan," katanya ringkas kepada BH Online.
Menurut Ika Nabella, dia akui mengalami trauma dengan kejadian yang menimpa. Tambahnya lagi selama berlakon, dia tidak pernah melalui insiden sebegitu.
"Memang saya sedikit trauma dengan kejadian itu. Selama ini sejak berlakon tak pernah saya melalui insiden sebegitu," katanya.
9,824 total views, 9,824 views today
No comments:
Post a Comment