Recent Post

Monday, December 07, 2015

3 maut, 9 cedera kemalangan di Temerloh


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tiga wanita termasuk dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 22 Jalan Temerloh-Jerantut berhampiran Kampung Tekal di Temerloh semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnuddin Hussin, kemalangan pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan MPV jenis Toyota Avanza, turut mengakibatkan sembilan orang cedera termasuk tujuh kanak-kanak.

\Mangsa yang meninggal ialah penumpang hadapan dan belakang kereta Proton Wira iaitu Maimunah Mohd Sidek, 62, dan anaknya, Ilyana Abd Kadir, 39.

Seorang lagi yang maut ialah seorang guru yang merupakan penumpang hadapan Toyota Avanza.

"Kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki oleh tujuh orang termasuk empat kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ sebelum bertembung dengan Toyota Avanza dinaiki lima orang termasuk tiga kanak-kanak.

"Semasa kejadian kereta itu (Proton Wira) dalam perjalanan dari arahTemerloh ke Jengka manakala MPV pula dari arah Jerantut ke Temerloh," katanya ketika dihubungi.

Kemalangan itu turut menyebabkan kedua-dua pemandu kenderaan itu mengalami kecederaan parah dan kesemua kanak-kanak berkenaan cedera ringan.

Menurutnya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Penumpang bas cedera

Sementara itu, 15 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 167.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Nibong Tebal semalam.

Pegawai Trafik Kontinjen Pulau Pinang DSP Tan Boon Hooi berkata dalam kemalangan pada kira-kira jam 5.50 pagi itu, penumpang yang cedera terdiri daripada lapan wanita dan tujuh lelaki berusia antara 18 dan 45 tahun.

"Semasa kemalangan, bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Larkin, Johor menuju ke Kangar, Perlis.

"Menurut pemandu bas berusia 40-an, semasa tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari tepi kiri jalan dan masuk ke laluan bas di lebuhraya berkenaan," katanya.

Beliau berkata pemandu bas ekspres itu cuba mengelak motosikal berkenaan sehingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terbalik di atas jalan.

Tan berkata semasa kejadian terdapat beberapa kenderaan lain di belakang bas berkenaan, namun pemandunya sempat mengelak.

Katanya, beberapa pengguna jalan raya bertindak membantu mengeluarkan penumpang dari bas berkenaan sebelum bantuan daripada pihak bomba tiba.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 29, berkata semasa kejadian beliau belum tidur kerana bas berkenaan baru 20 minit berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol.

"Ketika itu, saya sedang melihat telefon bimbit dan tiba-tiba rasa macam bas mengelak sesuatu sebelum terbalik, kebanyakan penumpang yang tengah tidur terkejut dan menjerit.

"Saya mengalami kecederaan luka di tangan dan lebam di kepala akibat terhantuk," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor Bharu dan dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *