Recent Post

Monday, December 07, 2015

'Kita Tak Support Aktiviti Pam Susu Ini Sebab Curi Masa Bekerja'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Baru balik check up baby yang berusia 38 minggu. Gynea tanya, banyak MC lagi tak? Saya kata, setahun kerja baru 1 hari MC despite preggy. Alhamdulillah. So she said, "I give you two weeks MC lah. Better rest at home. Takut tak sempat dari KLCC yang lebih sejam kalau nak sampai hospital ini,". "Next week nak masuk office lagi doktor. Banyak kerja kena settle. Tak best handover banyak kerja pada orang lain," balas saya.  I just wanna share the fact nowadays. Company, kalau boleh memang tak nak hire married women yang muda-muda. Bila mengandung, cuti memanjang saja. Januari hari tu, saya pergi temuduga di dua buah syarikat ini. Antara soalannya,  "You ada plan nak pregnant lagi tak?" What the fish punya soalan kan? "Saya dah ada sepasang, jadi tak ada plan nak tambah. Tetapi kita merancang saja, Allah yang tentukan. Install IUD pun boleh hilang dan tahu-tahu saja mengandung, kan,"  Ada sahabat saya yang pergi temuduga di sebuah syarikat yang lebih besar, siap ditanya, "You pam susu untuk baby ke? Sebab kita tak support aktiviti pam ini kerana ia mengambil masa bekerja," kata penemuduga berkenaan.  Lantas kawan saya menjawab, "Tetapi awak support pula golongan lelaki pergi merokok di tangga kecemasan di waktu kerja dalam masa 20 minit lebih kurang 3-4 kali sehari?"  Haa, penemuduga kena sound setepek sebelum sahabat saya mengangkat kaki keluar dari syarikat tersebut.  Hargailah isteri-isteri bekerjaya di luar sana. Walaupun kadang-kadang dia balik kerja lewat, tak sempat masak dan tapau saja, sebab sebagai ibu yang bekerjaya adalah suatu perkara yang mencabar. Bukannya mudah untuk mengimbangi karier dengan keluarga. Cuba bayangkan anda berada di tempat mereka sendiri.  Yang mengandung, mereka telan saja segala pil makanan tambahan untuk kekal sihat dan fit untuk bekerja. Yang breastfeed pula mengangkut segala dan berkejar dengan rutin serta komitmen untuk breastfeed selama dua tahun. Buat kerja kena cepat dan efisyen serta work sharp sebab tepat jam 5.30 petang kena segera balik ke rumah. Kadang-kadang dapat MC pun gagahkan diri masuk kerja juga sebab nak cover leave untuk jaga anak-anak tak sihat nanti. Takkan tiap=tiap bulan ambil AL/MC sampai lima hari kot? Kena pandai bagi komitmen kalau nak kerja makan gaji.  Disiplin dan komitmen perlu untuk menjaga periuk nasi kita. Sekarang ini, kos sara hidup sudah semakin meningkat. Segala benda naik setiap bulan. Tak ada pula yang nak derma RM2 bilion ke dalam akaun kita. Jadi untuk keselesaan anak-anak dan kualiti kehidupan, ramai ibu yang perlu bekerja.  Kepada lelaki yang menjadi boss itu, bersimpatilah dengan perjuangan ibu-ibu bekerja ini sebab anda juga keluar dari rahim seorang ibu dan mendapat susu dari badannya juga kan. - Faradila Rozali Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *