Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon Nur Fazura Sharifuddin tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminatnya di Instagram kerana menggunakan perkataan "kimK".
Fazura berkata tegurannya itu tidak keterlaluan kerana perkataan itu mengelirukan dan mempunyai makna berlapis seperti pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.
"Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.
"Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu," katanya, seperti dilapor Berita Harian,kemarin
Sebaliknya, tambah pelakon itu, pengikutnya di media sosial Vii Narza perlu memohon maaf kepada rakannya jika benar beliau berniat untuk mempersenda.
"Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.
"Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar," katanya.
Ditanya tentang laporan polis yang dibuat semasa malam kejadian, Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut sama ada ia berkaitan dengan kes buli siber.
Wanita itu, yang hanya ingin memperkenalkan diri sebagai Vii Narza, mengulas gambar Fazura bersama rakannya di Instagram dengan ungkapan "Mcm kimK yg dpn tu" (macam kimK yang di depan itu).
Bagaimanapun, Fazura, 32, tersalah faham maksud "kimK" — yang disangkanya bermakna kesat — sehingga mempersoalkan penampilan bertudung eksekutif jualan korporat itu.
Pelakon filem "Gol dan Gincu" itu memadamkan coretan salah fahamnya di Instagram dan kemudian menasihatkan peminatnya lebih berhati-hati memberikan komen di media sosial.
Peminat Fazura dan pengikutnya di Internet mendesak selebriti itu memohon maaf kepadanya sehingga nama #Fazura dan #kimK menjadi topik terhangat di Twitter, Rabu lalu.< /p>
Sumber: The Malay Online
Artikel ini disiarkan pada Isnin,7 Disember 2015
No comments:
Post a Comment