Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Wow, terkejut juga Budiey tengok apabila tiket Konsert Final GEGAR VAGANZA 2015 dijual dengan harga yang agak tinggi. Jika kita tengok penjualan tiket di TicketCharge.com nampaknya ia dilihat satu bisnes yang menguntungkan. Walau letak setinggi mana pun, tiket tetap laris.
Tiket dijual serendah RM200 hingga RM1000 itu mendapat respon dari penonton. Berbanding di Konsert Final Gegar Vaganza tahun lepas, tahun ini program yang disertai oleh penyanyi otai ini dianggap satu fenomena. Ramai yang nak hadir menonton secara langsung. Konsert kali ini juga berbeza kerana ia berlangsung di dewan yang agak kecil iaitu di tempat yang sama konsert mingguan iaitu MBSA Shah Alam. Tempat yang sangat terhad dan demand dari penonton bukannya sedikit.
Siapa nak tiket? Haaa, belilah sendiri. Jangan tanya Budiey sebab Budiey pun dapat dua tiket media.
Kepada peserta finalis…. Good luck!
Komen via FacebookKomen
— 287 Bacaan
No comments:
Post a Comment