Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
KECOH! Punca Normah Buka Tudung Tidak Masuk Akal
Baru- baru ini kecoh apabila peminat menyedari penampilan Normah Damanhuri, 39 berubah di dalam sebuah drama yang popular ditayangkan di Astro. Drama yang mendapat perhatian yang hangat dari penonton iaitu drama Tuan Anas Mikail, dikatakan watak yang dipegang oleh Normah iaitu sebagai nenda kepada Tuan Anas dilihat tidak bertudung sedangkan dia sudah berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada tahun 2011.
Beliau berkata, dia hanya membuka hijab apabila diminta berbuat demikian oleh pengarah untuk mengikut kesesuaian watak.
"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak."
Tambahnya lagi, imej tidak bertudung yang ditampilkan dalam drama lakonannya itu bukan dipaksaan oleh mana-mana pihak tetapi atas kerelaan sendiri.
"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik."
Bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk berlakon meskipun usianya semakin lanjut. Ianya mungkin disebabkan beliau mempunyai sikap komitmen kerja yang tinggi dan seorang berdisplin.
"Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan."
"Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula."
"Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri."
Dalam perkembangan yang lain, beliau akan muncul dalam sebuah filem 'Langit Cinta' arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan pada bulan Januari tahun depan selain drama 'Tentang Hati', terbitan Global Station.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Apapun alasannya, kami mendoakan supaya Allah bagi petunjuk kepadanya satu hari nanti. InsyaAllah.
11,794 total views, 11,794 views today
No comments:
Post a Comment