Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tahniah kepada adik Amira yang telah menjuarai Konsert Akhir Ceria All Stars dengan membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro.
Tarikan utama konsert ini ialah penampilan khas penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin yang turut berperanan sebagai juri undangan. Dato' Siti juga turut mendendangkan sebuah lagu WARNA DUNIA untuk persembahan pembukaan.
Dato' Siti Nurhaliza tampil elegan dan ceria berwarna ungu dengan busana rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini.
Konsert akhir ini menampilkan Jihan Muse selaku pengacara manakala Nabil Ahmad dan Nora Danish selaku juri tetap.
Konsert akhir Ceria All Stars disiarkan secara langsung pada 9 Januari bermula jam 9 malam di Astro Ceria, Saluran 611 dan Astro Maya HD, Saluran 135.
Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi.
Manakala pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 dan RM 3,000.00 beserta trofi. Format penjurian konsert akhir dinilai oleh juri-juri profesional sebanyak 50 % dan juga undian penonton di rumah sebanyak 50 %.
Terima kasih Astro atas jemputan. Terima kasih Edd The Barber, Ampang gunting rambut Budiey & Sacoor Brothers jugak.
Komen via FacebookKomen
— 120 Bacaan
No comments:
Post a Comment