Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin, siasatan terhadap kes itu turut dijalankan oleh pihak polis selain pihak ATM.
"Pihak polis (sedang) membuat siasatan... pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku.
"Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Lapor Bernama, dalam kejadian 7.15 malam pada Khamis itu, seorang lelaki warga tempatan 30-an maut setelah terkena tembakan anggota tentera yang sedang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Anggota tentera tersebut melepaskan tembakan selepas van yang membawa lelaki berkenaan tidak berhenti di pos kawalan untuk pe meriksaan.
Tembakan tersebut dikatakan terkena lelaki tersebut yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment