Recent Post

Saturday, January 09, 2016

Fizo Terkilan Blogger Kritik Restorannya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Fizo Omar atau Wan Hafizol Wan Omar, 30, terkilan dengan tindakan seorang blogger wanita yang mengkritik restorannya, FizoMawar Kitchen, secara terbuka melalui laman blog Kisah Emas Putih.  Katanya, kritikan blogger berkenaan tidak dibuat dengan cara yang betul dan dia sepatutnya membuat aduan secara e-mel atau menghantar mesej peribadi kepadanya. "Saya bukan tidak boleh menerima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya seperti berniat tidak baik. Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur," katanya.  Blogger Kisah Emas Putih pada 1 Januari lalu membuat ulasan mengenai restoran FMK itu dan meluahkan rasa kecewanya dengan tahap perkhidmatan kakitangan restoran tersebut.  Menurut blogger itu, pekerjanya lambat mengemaskan meja yang kotor, menu lambat sampai, senarai menu yang diberi pula mengelirukan berikutan nama menu yang pelik.  Bagaimanapun, Fizo menjelaskan yang restorannya itu baru dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2015 dan menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai sehingga sukar dikawal. Keadaan itu menyebabkan perkhidmatan kakitangannya agak perlahan. "Sejak dibuka, memang ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk. Pekerja yang asalnya 15 orang, saya tambah jadi 30 orang. Saya akui perkhidmatan agak lambat dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya minta maaf pada yang menunggu lama tetapi setiap makanan kami ada prosedur yang perlu dipatuhi setiap pekerja," jelasnya. Dalam pada masa yang sama, Fizo menjelaskan pembukaan restoran itu juga telah memberi pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.  "Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga. Saya buka restoran ini memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja asing.  "Kalau saya hanya memikirkan tentang kos tenaga kerja yang murah atau mahu mengaut keuntungan, sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja," katanya. Sementara itu, blogger berkenaan, Siti Aminah, 26, berkata ulasan yang dibuat tidak berniat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon terbabit.  "Saya telah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog tetapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran FMK.  "Namun saya tidak menyangka ia menjadi viral sehingga menjejaskan perniagaan restoran itu. Saya sudah meminta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan review yang dibuat," katanya. Di pemerhatian kami, review yang dibuat oleh Siti Aminah tidak menampakkan sebarang niat jahat seperti yang didakwa oleh Fizo Omar. Respon awal pihak restoran FMK terhadap penulisan itu agak 'sinis' dan tidak profesional.  Sebagai pengguna, kita faham jika restoran itu baru buka 3 minggu, namun respon awal dari pihak FMK itu agak mengecewakan. Sewajarnya pihak FMK menerima kritikan pelanggan itu walaupun pahit dan jangan dibalas dengan kata-kata yang berunsurkan sindiran. Baca respon awal pihak FMK kepada Siti Aminah di bawah: Salam saudari uzu aka emas putih.sebelum tu nak ucapkan bebanyak trima kasih kpd anda yg sudi dtg dan menyokong kami di fizomawar kitchen.amatlah kami hargai. Sya terima secara terbuka komen drpd anda sbgai customer.dan kami perlukan respon yg jujur dr customers utk penambah baikan team kami.tq  diatas komen yg jujur dr anda kpd pihak kami. Izinkan sya utk menjelaskn situasi kami dan bukannya alasan drpd pihak kami.kami akui kelemahan drpd pihak kami yg menimbulkan ketidak selesaan anda. Utk pengetahuan anda,kami beroperasi baru shaja 2 mggu dan ini merupakan cawangan yg pertama.jd masih byk kelemahan yg kami cba improve even fizo dan mawar sendiri pun setiap hri berada di kedai utk monitor staff yg lain utk dptkn yg terbaik dan puaskan hati customers.kebetulan pun sistem POS yg kami gunakan tidak berfungsi.jd kami terpaksa menggunakan manual utk memenuhi permintaan customers.jd sbb tu lah terjadi kes misunderstanding dlm amik order dan deliver food... Utk pengetahuan saudari sbgai blogger yg hebat staff kami sdh pun hampir 30 orng utk beroperasi.dah terlebih ckp sbnrnya.tp mgkn rata2 dr mereka xde pengalaman lg.thats y agak kelam kabut tu... Atleast kami memberi peluang pekerjaan kpd orng kita dan setakat ini FIZOMAWAR kitchen tidak mggunakan pekerja asing kerana msh ramai lg orng kita yg xde pekerjaaan.sekurang2 nya kami boleh sesama berkongsi rezeki yg halal. Soal review atau komen drpd pihak saudari hamba allah yg mulia ni xsalah pun.sya faham itu hak anda sebagai customers.ia nya telah pun viral dan memberi impak negative kpd kami.ada yg mula share di media sosial dan juga hentam kami. Mgkn pd anda satu benda yg remeh dgn hanya menulis.tp ianya bergantung pd niat kita.hanya anda dan  allah swt je yg tahu apakah tujuan yg sebenar. Alangkah baik nya sekiranya kita sesama kita trus menyokong dan melihat bangsa kita maju bersama n dpt berkongsi rezeki sesama kita? Komen n review xslh pun...setiap perbuatan bermula dgn niat,sekiranya niat baik pasti akn memberi hasil yg positive kpd semua. Sya bg pihak fmk lg skali memohon maaf diatas kekhilafan drpd pihak kami yg belum sempurna dan kami anggap ini proses pembelajaran kami.insyallah kami akn improve dan sekiranya semuanya dah lancar insyallah kami akn jemput anda sebagai tetamu vvvip kami utk dilayan sebaik mgkn. Sebagai tanda terima kasih dan memohan maaf drpd pihak kami..pihak fmk akn memulangkn kembali jumlah bill yg dikenakan kpd pihak anda.dan anda boleh dtg ke fmk utk dptknnya. Sya pun dah panjangkn kpd tuan fizo omar dan puan mawar mengenai hal ini.pihak kami berminat utk berjmpa dan berbincang dgn saudari sbgai blogger yg berpengaruh ini.mgkn kita boleh berkerjasam di masa hadapan. Semoga bakat kurniaan drpd allah swt kpd saudari digunakan sebaik mgkn utk terus memberi manfaat kpd makhluk allah yg lain. Apa2 pun tahniah diucapkan kpd anda diatas review anda yg dpt memperbaiki kelemahan pihak kami dan juga memberi 'impak' kpd kami apabila ianya sudah viral. Semoga anda terus diberkati dan bakat yg dianugerahkan dpt memberi manfaat kpd semua. Terima kasih THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *