Recent Post

Saturday, January 09, 2016

'Saya berdoa tak kira masa'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sentiasa berdoa. Itulah amalan yang sering dilakukan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.

Bukan sahaja berdoa ketika solat, namun ia juga merupakan "senjata" yang digunakannya dalam menjaga kecantikan dan dalam kehidupan seharian termasuk untuk memajukan perniagaannya.

"Saya berdoa tak kira masa. Masa ambil air sembahyang, mandi. Ada doa-doa tertentu yang saya baca.

"Saya guna sendiri semua produk saya sebab itu saya tahu produk saya bagus atau tidak. Walaupun dengan umur saya ini, tetapi awet muda," kongsi Hasmiza tentang tips kecantikannya sambil ketawa ketika ditemubual oleh Malaysiakini.

Nama Datuk Vida kini semakin menjadi sebutan ekoran menjadi penaja kepada beberapa program hiburan di televisyen dan terbaru mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Pernah menjadi guru di sebuah sekolah Cina selama 12 tahun, Hasmiza menceritakan, beliau memang suka dengan bidang kecantikan sebelum berhasrat untuk mengeluarkan produknya sendiri.

Malah, usahawan berusia 44 tahun itu turut berkongsi tentang "anugerah" yang diperolehinya kini dan berkongsi rahsia kejayaannya.

Dengan perwatakan yang ceria, wanita yang berasal dari Machang, Kelantan ini menceritakan, kerja keras dan sentiasa berdoa kepada Allah merupakan antara amalan yang diamalkan sehingga beliau berjaya hingga hari ini.

"Kita kuat bekerja dan dalam masa sama kita kena kuat berdoa juga. Saya juga pada mulanya tak percaya tapi saya rasa inilah anugerah. Mungkin hasil daripada doa dan juga doa anak-anak yatim. Saya tak tahu.

"Saya tak ada tempat nak minta tolong melainkan Allah. Dan kita kena cari ruang, di saat orang tidur dan beberapa orang sahaja yang bangun, masa itulah malaikat ada dan semakin banyak peluang doa kita untuk dimakbulkan.

"Mungkin dengan gabungan sedekah jariah dan ibadat. Apa pun tuhan maha mengetahui," katanya yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan selama 15 tahun.

Antara produk yang dihasilkan oleh syarikatnya- Vida Beauty Sdn Bhd ialah produk kecantikan Qu Puteh dan minuman kesihatan Pamoga serta yang terbaru makanan kecantikan Millenia.

"Naik naik seperti ini bukan senang," kata wanita yang mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya, Hasmiza berharap dengan memberi tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors, akan ada pelabur luar yang ingin menjadi pengedar produknya.

"Ini amanah saya dalam perjuangan saya. Banyak saya nak buat bukan hiburan dan bola sepak sahaja. Insya-Allah untuk ke arah ibadah pula.

"Saya berdoa, setelah taja bola ini ada jutawan dari negara lain datang dan nak melabur serta jadi pengedar. Itu sebaiknya. Biar orang cari kita. Saya harap ini menjadi kenyataan," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cara beliau menangani komen negatif, Hasmiza menasihatkan masyarakat supaya memahami kerjayanya sebagai usahawan dan meminta orang ramai mencari kelainan dan pembaharuan sekiranya berada dalam bidang sama.

"Tak apalah adik-adikku sayang. Nanti adik dah pandai berniaga macam ni, tengok apa yang saya buat ini, mesti akan tahu pentingnya macam mana.

"Nanti cari kelainan, pembaharuan biar benda itu jadi fenomena," katanya tersenyum.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *