Recent Post

Saturday, January 09, 2016

'Post Apa Saja Di Media Sosial, Orang Kata Riak'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Riak di media sosial. Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak. Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak. Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak. Bila Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan. Bila Dato' Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam. Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak. Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga. Masya-Allah. Astaghfirullah. Sikap orang Malaysia. Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab, "Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU," Itu saja sebabnya. Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah. Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati. "Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya." Dia lebih likes, itu rezeki dia. Dia lebih followers, itu rezeki dia. Cerita dia viral, itu rezeki dia. Dia kaya, itu rezeki dia. Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati. "Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya." Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj? Istidraj adalah hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu. Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat. Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat. Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal. Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan. Ada Muslim yang berjaya, kita bangga. Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira. Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita. Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri. Kerana ikhlas sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati. Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita. Semua milik Dia. Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada? Sekian, Penulis Misteri, Abg Bikai the spoileretoszinsofsofsofsof




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *