Recent Post

Sunday, January 17, 2016

Bayi Lapan Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Lori dan Enam Kenderaan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

JOHOR BAHRU, 16 Jan: Seorang bayi lelaki 8 bulan dilaporkan maut manakala bapanya pula cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan enam kenderaan di Kilometer 55.8 Jalan Mersing-Batu Pahat, Kluang dalam satu kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham, bayi tersebut, Nur Muhris Anas Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang akibat cedera parah.

Bapanya pula, Anuar Geman@Wagiman, 36, cedera ringan manakala pemandu-pemandu kenderaan lain yang terlibat selamat.

Mohamad Laham berkata, kejadian kira-kira 11.50 pagi itu berlaku apabila sebuah lori tanpa muatan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan menglami masalah brek lalu hilang kawalan sebelum melanggar belakang kereta Toyota Vios dan mengelak ke kiri jalan.

Lori terbabit kemudian terbabas kekiri jalan dan melanggar pula kereta yang dinaiki oleh Nur Muhris dan bapa yang secara kebetulan ketika itu berhenti di bahu jalan, sebelum melanggar tiga lai n kenderaan lain yang diletakkan di hadapan sebuah kedai perkakasan rumah.

"Akibat pelanggaran itu, Nur Muhris tersepit dalam kereta dan cedera parah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kluang tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Mohamad Laham lagi, pemandu lori terbabit, yang berusia 33 tahun telah ditahan dan akan direman esok kerana cuai mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *