Recent Post

Sunday, January 17, 2016

Kawalan keselamatan di KL, Putrajaya dan Labuan dipertingkat - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kawalan keselamatan di KL, Putrajaya dan Labuan dipertingkat

17/01/2016 10:06am

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan kawalan keselamatan di tempat tumpuan orang ramai di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berikutan ancaman militan ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, tumpuan akan diberikan kepada pusat beli-belah, kawasan tarikan pelancong dan lokasi penganjuran bagi acara keramaian.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya perlu bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

"Saya telah mengarahkan agensi penguatkuasaan kementerian untuk bersiap siaga dan mengawal kawasan tumpuan orang ramai dengan lebih ketat. Penguatkuasaan ini juga melibatkan pertambahan penguatkuasa.

"Saya nasihatkan orang ramai sekiranya terdapat individu dan perkara yang mencurigakan laporkan kepada pihak keselamatan,"katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kibar Bendera sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 di Dataran Putrajaya di sini pagi ini. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *