Recent Post

Sunday, January 17, 2016

Showcase Anugerah NORA ARIFFIN Cukup Bermakna


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sejurus selepas menemubual selebriti di red carpet Met10 Awards anjuran Hitz FM, Budiey bergegas pula ke Showcase Anugerah NORA ARIFFIN di TLC ditemani pembantu Nabil Azri. Rasa sangat cukup teruja untuk menyaksikan persembahan ini kerana Budiey memang menggemari lagu-lagu menusuk kalbu penyanyi cantik dari Kelantan ni.

#liveupdate : Nora Ariffin memulakan persembahan eksklusif showcase NORA ARIFFIN - ANUGERAH di TLC #showcasenora #showcasenoraanugerah

 P ersembahan intim ini pastinya mengubat rindu sebahagian peminat dengan mengalunkan kembali yang menyorot memori dengan lagu-lagu popular dari suara lunak merdu serta lantang Nora. Ternyata penyanyi yang pernah ke pentas Anugerah Juara Lagu sebanyak 6 kali ini masih berbisa. Semoga show terakhir untuk malam ini bertambah baik dan mantap. Tahniah Nora Ariffin!

Membuka pentas dengan sebuah lagu rancak berjudul IMPIAN, seakan memanaskan ruang tempat duduk TLC yang rata-ratanya tak sabar untuk menatap wajah Nora. Kemudian, terus berkumandang lagu yang dinantikan SANDIWARA dan INTERLUD. Tidak sah jika tidak mendendangkan lagu-lagu mesra pendengar yang popular di corong radio iatu NALURI, DI PERSIMPANGAN DILEMMA, HANYA SATU, RENUNGAN TERAKHIR, DENDAM DALAM DIAN dan banyak lagi.

Sebagai memenuhi ruang kosong, Nora juga turut menampilkan anak-anak beliau iaitu Monsyi, Alif dan Puteri yang cukup berbakat dalam bidang nyanyian untuk mendendangkan lagu SELAMANYA BAHAGIA. Setiap seorang daripada juga turut mendendangkan sebuah lagu. Budiey suka tengok nyanyian lagu HURT dari dendangan Puteri… dah besar dah dia.

Showcase Nora Ariffin ANUGERAH

Setiap malam, ada perbezaan dari segi pemilihan lagu. Paling istimewa apabila Nora Ariffin menyanyikan lagu penyanyi lain iaitu lagu I HAVE NOTHING, HELLO, FANTASIA BULAN MADU, MENGHITUNG HARI dan BROKEN VOW.

Berikut carta 6 buah lagu yang Budiey suka:

1. Di Persimpangan Dilema2. Sandiwara3. Menghitung Hari (Kris Dayanti)4. Menyemai Cinta Bersamamu5. Hanyalah Satu6. Broken Vow (Lara Fabian)

Showcase yang ditaja oleh LA STORIA ini berlangsung selama tiga malam berturut di Theater Lounge Cafe dari 15 hingga 17 Januari 2016. Selama lebih 2 jam Nora Ariffin telah berjaya menghiburkan peminat-peminat dalam konsert mini in-person yang cukup intim dalam suasana yang sangat santai dengan persembahan vokal yang cukup bertenaga.

Pada malam tadi, suami Nora iaitu komposer Johan Nawawi tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri satu majlis anugerah di mana beliau berjaya dinobatkan sebagai komposer terbaik untuk anugerah tersebut. Tahniah dari Budiey. Kesian kat Nora menanti penuh setianya abang Johan sampai.

Johan Nawawi sampai juga walaupun setelah Nora menutup persembahan dengan lagu terakhirnya, HANYALAH SATU. Mereka sempat meraikan kemenangan dengan membawakan sebuah lagu duet bersama. So sweet kan?

Pada tahun ini, gemaplah 25 tahun Nora di dalam industri muzik dan ternyata persembahan julung kali ini mampu memberi satu persembahan yang memukau. Tidak dinafikan suara dan vokalnya persis apa yang kita dengar di album atau 'kaset'. Selamat kembali cergas di industri muzik ya. Semoga terus sukses dalam Gegar Vaganza… ehhhh..?

Nantikan video penuh Showcase ANUGERAH di www.budiey.com dan saluran Youtube Budiey.com.Follow IG: @itsnoraariffin.

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *