Recent Post

Sunday, January 17, 2016

'Nak Sponsor, Sponsor Sajalah'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semenjak dua menjak ini, taikun-taikun kosmetik berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola sepak. Umum mengetahui pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida telah menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta baru dua musim. Dan sehingga ke hari ini, 33 syarat yang diberikan oleh Datuk Seri Vida tidak didedahkan kepada umum.  Bagaimanapun, gambar masjlis menandatangani perjanjian pihak Vida dan Persatuan Bolasepak Kelantan yang menunjukkan pemain pasukan itu melakukan trademark Qu Puteh itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari netizen termasuklah Afdlin Shauki.  "Minta maaf, saya peminat tegar bolasepak di dalam dan luar negara. Tetapi saya tidak boleh menerima keadaan apabila sponsor boleh dictate dan mengubah budaya serta intergriti sesebuah pasukan itu. Atau mungkin saya yang salah dan terlalu romantis serta terlalu ingin menidakkan yang sesiapa saja dan apa saja boleh dibeli dengan wang sekarang.  "Nak sponsor, sponsor sajalah. Jangan sampai suruh pemain pun buat sign di pipi itu," katanya di laman Facebook.  Walaupun begitu, netizen juga mempunyai pandangan mereka sendiri.  "Datuk Seri Vida cuba memberikan keceriaan pada sukan bolasepak sekarang dan kerana dia juga, sponsor-sponsor yang lain berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola yang lain. Ini barulah nampak menarik," kata Eja Qu Sha.  "Sebagai peminat The Red Warrior, saya sendiri pun rasa ada sedikit tidak kena dengan cara Datuk Seri Vida. Tetapi bak kata orang, 'Beggars can't choose'. Kontrak pun dua tahun. Walau bagaimanapun, bola kena naik dulu. Gaya pipi dan warna itu belakang cerita. Bila bola naik, financial sudah stabil, boleh renegotiate semula term and condition," kata Firdaus Mohamad.  Rata-rata penyokong TRW menerima apa yang telah ditentukan kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Tajaan bernilai RM16 juta itu saja yang mampu menamatkan masalah kewangan yang dihadapi oleh TRW. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *