Recent Post

Sunday, January 17, 2016

Salleh: DAP masih parti Cina walaupun letak ramai calon Melayu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Usaha DAP untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu tidak akan mengubah hakikatkan bahawa ia adalah sebuah parti berasaskan kaum Cina, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menurut Salleh, Umno boleh meletakkan calon Kristian dan PAS juga boleh meletakkan calon Hindu, tetapi ia tidak akan mengubah hakikat bahawa mereka adalah parti Melayu.

Dalam konteks yang sama, katanya, hanya kerana DAP meletakan beberapa calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang, itu juga, tidak mengubah hakikat bahawa DAP adalah sebuah parti Cina.

Katanya, DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum tetapi ia adalah parti berbilang kaum yang berasaskan kaum Cina.

Menurutnya lagi, sama ada ia boleh mendakwa sebagai sebuah parti Malaysia yang sebenarnya adalah satu perkara yang masih terbuka untuk perbahasan, kerana kurang kehadiran orang Melayu dalam parti itu.

Menulis di blognya hari ini, Salleh berkata jika DAP benar-benar mahu mengubah imej sebagai sebuah parti Cina, maka ia perlu melakukan lebih daripada sekadar meletakkan calon Melayu.

Menurut, komposisi kepimpinannya, ditambah dengan asas sokongannya, perlu mencerminkan dakwaan parti itu.

Demografi Malaysia, katanya ialah 60 peratus Bumiputera, dengan kira-kira 50 peratus atau lebih orang Melayu.

Oleh itu, katanya, melainkan pangkalan sokongan mana-mana parti mencerminkan ini, maka ia belum boleh lagi untuk mendakwa sebagai sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *