Recent Post

Thursday, January 07, 2016

(Gambar) Feri Bawa 158 Penumpang & Kru Karam Selepas Berlanggar


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SEMPORNA: Sebuah feri yang membawa 158 penumpang dan kru karam apabila bertembung dengan sebuah tongkang di perairan ini dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Menurut laporan BH Online, feri itu dalam perjalanan dari Tawi-Tawi di selatan Filipina ke Semporna sebelum berlanggar di perairan Labuan Haji, kira-kira 500 meter dari jeti Semporna.

Kejadian dikatakan berlaku kerana keadaan yang gelap sehingga menyebabkan feri terbabit tidak sempat mengelak tongkang tersebut sebelum bertembung.

Bagaimanapun, tindakan pantas pelbaai agensi keselamatan negara berjaya menyelamatkan kesemua penumpang feri berkenaan. Menurut laporan juga, sebahagian besar penumpang feri berkenaan dipercayai warga Filipina.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun, tiga bot penyelamat PPM digegaskan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Operasi menyelamat itu turut mem babitkan beberapa agensi keselamatan laint ermasuk TLDM, APMM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Feri membawa 158 penumpang dan kru itu dilaporkan bertolak dari Taw-Tawi pada jam 2.30 petang dan kejadian berlaku ketika hampir tiba di Semporna.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila semua penumpang dan kru berjaya diselamatkan,"

Difahamkan empat penumpang telah dihantar ke hospital untuk rawatan berikutan kecederaan yang dialami. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *