Recent Post

Thursday, January 07, 2016

'Saya Bukan Mahu Menunjuk-nunjuk' - Vida


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tindakan pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, 44, berkongsi kekayaan dimiliki dalam program Astro baru-baru ini bukan bertujuan untuk membangga diri atau menunjuk-nunjuk. Vida ketika dihubungi berkata, tujuannya hanya untuk memberi motivasi kepada masyarakat supaya berusaha untuk berjaya. "Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada memberi galakan kepada masyarakat untuk berjaya dalam perniagaan. Ini juga secara tidak langsung boleh menggalakkan orang ramai untuk menjadi usahawan berjaya," katanya.  Dalam program berkenaan, Vida berkongsi mengenai kehidupan dan kekayaan dimiliki hasil titik peluhnya sebagai ahli perniagaan.  Vida dikatakan memiliki 17 buah rumah di Ipoh, Perak termasuk banglo berharga RM20 juta. Beliau turut memiliki 20 kereta antara nya Bentley, Lexus termasuk Lamborghini.  Ditanya mengenai keselamatannya berhubung pendedahan itu, Vida berkata, beliau tidak bimbang kerana dia memang menyimpan barang-barang berharga di bank untuk keselamatan. "Lagipun, banyak babak dalam program TV itu sudah disunting," katanya yang enggan mendedahkan di mana lokasi sebenar rumah-rumahnya itu. Dalam pada itu, Vida juga bakal membuka sebuah kedai barangan kemas di Jerteh, Terengganu.  Selain itu, beliau juga akan membuka sebuah sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Sekolah Tahfiz Datuk Seri Vida di Tanah Merah, Kelantan.  "Sebelum ini, rancangan itu tergendala seketika akibat banjir besar di Kelantan. InshaAllah, ia akan dibina mulai Mac ini. "Sekolah itu boleh memuatkan 500 pelajar dalam satu masa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2017," katanya. - Harian Metro. 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *