Recent Post

Thursday, January 07, 2016

Wang bukan segalanya, kata ketua pegawai operasi KPC


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC) akan memanfaatkan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula 15 Januari ini, untuk mengkaji semula dan membuat penambahbaikan terhadap fasiliti stok simpanan bauksit di pelabuhan.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Khasbullah A Kadir berkata perkara itu bagi memastikan operasi eksport bauksit, apabila tempoh pemberhentian sementara itu tamat, dapat dilakukan secara efisien dan lebih bersifat mesra alam sekitar.

"Bila ada arahan untuk berhenti sementara ini memang bagus. Untuk kita lihat semula... tengok apa fasiliti yang perlu dinaik taraf. Saya tidak boleh hentikan pergerakan kargo, jadi bila ada arahan begini, bagus untuk semua," katanya kepada Bernama semasa dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan menghentikan sementara perlombongan bauksit di daerah ini bagi membolehkan pelan tindakan penyelesaian pencemaran dilaksanakan.

Ia termasuk langkah pada bulan pertama, iaitu mengeluar dan membersihkan fasiliti stok simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan.

Ditanya sama ada ia akan menyebabkan KPC menanggung kerugian memandangkan pelabuhan itu mengeksport 3.5 juta tan metrik bauksit atau 70 peratus daripada 4.3 juta tan metrik kargo yang dieksport untuk tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu, Khasbullah berkata wang bukan segalanya.

"Apabila bercakap tentang amal sekitar, kami bukan tidak ada perasaan, bukan tidak kisah tentang alam sekitar, tapi bila volume yang datang terlalu banyak, kami tidak boleh nak kendalikan walaupun telah cuba melakukan yang terbaik untuk untuk menjaga alam sekitar."

Beliau turut optimis stok simpanan bauksit yang ada di pelabuhan buat masa ini dapat dieksport semuanya sebelum 15 Januari ini, melainkan jika terdapat masalah berbangkit seperti isu pengangkutan.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi jaminan bahawa pendapatan kakitangan KPC tidak akan terjejas berikutan dengan arahan itu walaupun mengakui ia sedikit sebanyak akan mengurangkan volume eksport dari pelabuhan berkenaan.

Khasbullah turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menuding jari kepada KPC dalam isu pencemaran berkaitan bauksit, sedangkan pelbagai langkah telah diambil oleh pihaknya untuk mengurangkannya.

"KPC sentiasa mengalu-alukan pengubalan undang-undang baharu atau idea yang dapat menjamin kebersihan dalam isu bauksit demi kelestarian alam sekitar, namun setakat ini, pihak berkenaan hanya bercakap tanpa sebarang bukti kukuh atau cadangan penyelesaian," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *