Recent Post

Wednesday, January 13, 2016

Sam & Syatilla Umum Kahwin 8 Feb & Dapat Tajaan RM25 Juta


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dalam sidang media khas Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin hari ini, pasangan itu mendedahkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 8 Februari depan mendapat tajaan bernilai RM25 juta.  Difahamkan, kedua-dua mereka akan mendapat tajaan barangan kemas antarabangsa, Ceres, yang bernilai RM20 juta. Majlis mereka juga turut mendapat tajaan dari Jakel, KL Wedding Ministry, Zaha Wedding Planner, Azasna Design, Atelia Amani, Lord's Tailor, Saiful Baharim dan Arma Couture, lapor BH Online.  Selain itu, Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra turut tidak ketinggalan memberikan tajaan. "Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Bagaimanapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami," kata Shaheizy Sam.  Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah lama mengenali masing-masing semenjak 2010. Hubungan mereka menjadi semakin intim sejak lima bulan yang lalu.  Mereka akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental pada 14 Februari.  Tahniah kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *