Recent Post

Tuesday, January 12, 2016

'Kita Tidak Tahu Masalah & Sifat Seorang Ibu Bila Anaknya Kelaparan'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sambil duduk di kantin, ada dua lelaki duduk bersama saya, semeja. Masing-masing menghadap gajet masing-masing. Saya terus menikmati sarapan pagi ala kadar. "Apa nak jadi dengan perempuan sekarang? Nak menyusukan anak pun muat naik di media sosial. Tengoklah ini, senyum dengan tak ada rasa malu. Kalau aku jadi suami dia, memang aku bahasakan!" luah seorang lelaki.  "Entah! Carilah tempat tersorok kalau ye pun nak menyusukan anak," balas sahabatnya.  Saya terus meneguk minuman tanpa berkata apa-apa. Semakin rancak mereka bergosip, menjadi semakin panjang pula ceritanya. Saya tahu sesekali mereka memandang saya.  Usai menghabiskan makanan dan minuman, saya juga melakukan perkara yang sama. Membuka telefon bimbit dan melihat laman Facebook. Tiba-tiba salah seorang dari mereka bertanya kepada saya. "Tuah sudah berkahwin?" tanyanya. "Alhamdulillah sudah," saya menjawab sambil menggaru kepala yang terasa seperti ada kutu yang merayap. Sejujurnya saya terasa seperti malas hendak berbicara isu seperti ini.  "Tuan sudah tengok perangai perempuan zaman sekarang? Maksud saya jenis yang tidak tahu malu, menyusu dan menetek anak di depan khalayak?" soalnya. Saya mendiamkan diri seketika. "Maaflah, saya tak pandai nak komen. Cuma kalau saya ternampak ada wanita atau ibu yang sedang menyusukan anak di depan khalayak ramai, saya akan melarikan pandangan ke arah lain.  "Iyalah, kita tidak tahu masalah dan sifat seorang ibu bila anaknya kelaparan. Begitu juga bila saya melihat gambar wanita yang sedang menyusukan anak dalam media sosial. Saya tak pandang lama, saya terus scroll ke bawah. Mudah sahaja. "Bagi saya, kalau tidak suka dengan perbuatan orang yang menyakitkan mata, tak payah tengok," kata saya kepadanya yang membuatkan mereka berdua terdiam. Ada ketikanya, diam juga boleh menambahkan markah untuk kita masuk syurga. - Abang Long | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *