Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Masihkah anda ingat dengan gosip dan dakwaan mengenai rumahtangga Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai yang dikatakan sedang retak dan hanya menanti belah?
Malah ada sumber mengatakan salah seorang ahli keluarga Jejai menyebabkan hubungan pasangan ini panas termasuk mengaitkan nama Nora Danish dalam masalah berkenaan.
Namun melalui perkongsian gambar terbaharu yang dmuatnaik oleh pasangan ini dilaman sosial, seakan membuktikan hubungan mereka sudah pulih.
Gambar tersebut menunjukan pasangan ini sedang menghantar anak pertama mereka, Putra Rayfal ke sekolah.
Walaupun tiada gambar bersama, namun Fasha dan Jejai, masing-masing mengeluarkan gamb ar bersama anak mereka dalam kereta yang sama menerusi akaun Instagram.
Meskipun Fasha belum membuat sebarang kenyataan mengenai status terkini rumah tangga beliau, peminat sudah mula gembira dengan perkhabaran tersebut.
Ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Fasha dan Jejai agar mempertahankan perkahwinan mereka dan tidak mudah termakan dengan hasutan orang luar.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment