Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon wanita yang semakin dikenali, Nadia Brian akui lebih selesa diurus oleh ibu sendiri kerana mengetahui kehendak dan keperluannya untuk semua perkara.
Walaupun masih baru dalam industri, khidmat ibunya amat diperlukan agar kehidupannya lebih teratur menguruskan hal kariernya sebagai pelakon.
"Buat masa ini memang saya selesa dengan ibu, dia banyak memberi saya nasihat dan apa yang perlu saya lakukan apabila menerima apa-apa tawaran.
"Saya juga yakin bukan saya seorang sahaja yang diuruskan oleh ibu sendiri, ramai lagi selebriti lakukan perkara yang sama.
"Jadi masing-masing ada cara tersendiri untuk menguruskan kerjaya sama ada mengunakan khidmat ahli keluarga mahupun orang lain," kata Nadia kepada portal Murai.com.my.
Nadia ditemui di Majlis Sidang Media Teater Muzikal Bikers Kental di Istana Budaya baru-baru ini turut teruja apabila dirinya terpilih untuk membintangi teater ini dengan nama-nama besar yang lain.
"Saya bersyukur sangat, untuk pengetahuan semua saya mempunyai diploma dalam bidang teater sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang komunikasi dan pengajian media.
"Jadi, saya akan guna input-input yang saya belajar dalam bidang teater untuk praktikkan dalam teater ini.
"Perasaan gembira itu bercampur juga dengan gugup kerana teater ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Awie dan Zizan Razak.
"Saya akan lakukan yang terbaik dan buktikan kepada semua, saya mampu lakukan dan sedia menerima kritikan andainya ada yang silap sepanjang teater itu berlangsung nanti," akhiri Nadia dengan senyuman.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 12 Jan 2016
No comments:
Post a Comment