Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
132 Shares
Share
Share
Share
Bertarikh 31 Disember 2015 yang lalu, Marsha kerana telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Mohamed Shaiful Nizam.
Marsha dalam pada itu, melahirkan rasa syukur lantaran perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail berjalan lancar.
"Akhirnya, saya sudah menemui lelaki yang tepat sebagai suami. Dia telah menjadi tulang belakang dan pendokong paling kuat serta sentiasa cuba memahami diri saya dalam mengharungi liku kehidupan terutama ketika hari-hari saya yang diselubungi mendung. Tiada alasan lain mengapa saya memilihnya.
Artikel menarik:- (GAMBAR) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Marsha Milan Dan Mohamed Shaiful Nizam
Bagi Marsha, bergelar seorang isteri merupakan tanggujawab baru yang perlu dipikul olehnya.
"Perkahwinan ini merupakan tanggungjawab baru yang harus saya pelajari. Saya rasa sungguh bertuah menjadi isteri kepada Shaiful dan sangat teruja untuk menjadi isteri yang terbaik.
Mengulas mengenai cahaya mata, Marsha tidak menolak seandainya dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat.
""Soal cahaya mata, kalau diberikan rezeki kami memang inginkan cahaya mata segera. Untuk bulan madu pula setakat ini kami belum menetapkan ke mana destinasi pilihan kami kerana masing-masing ada tanggungjawab yang perlu didahulukan," kata Marsha yang turut mengakui dalam sebuah program hiburan masih belum tinggal sebumbung dengan suaminya buat masa ini.
Pasangan ini bernikah di Pulau Pinang pada 31 Disember. Majlis resepsi pula telah berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, 8 Januari lalu. Sebagai tanda cinta buat suami, pengacara Mentor Milenia ini mencipta sebuah lagu berjudul Sudah Ku Temui.
1,821 total views, 1,821 views today
Artis Antarabangsa, Entertainment, Facebook Artis, Gambar Artis, Gambar Artis Terbaru, gosip, Gosip Artis, Gosip Artis Antarabangsa, Gosip Artis Terbaru, Gosip Artis Terkini, Gosip Artis Terkini 2015, Gosip Hangat, Gosip Hangat Marsha, Gosip Hari Ini, Gosip Malaysia, Gosip Marsha Milan, Gosip OHBULAN!, Gosip Panas, Gosip Panas Marsha Milan, Gosip Sensasi, Gosip Sensasi Marsha Milan, Gosip Terbaru, Gosip Terbaru Hari Ini, Gosip Terbaru Marsha, Gosip Terbaru Marsha Milan, Gosip Terkini, Gosip Terkini 2015, GosipMalaysia, Hiburan, Hiburan dan Gosip Artis, Instagram Marsha Milan, Izyan, Katak Comel, Mangga Online, Marsha, Marsha Milan, Marsha Milan Londoh, Media Karangkraf, Murai, MyArtis, Ohbulan, Oktavita, Pelakon Marsha Milan, Pengakuan Mengejutkan! Inilah Yang Terjadi Kepada Marsha Dan Suami Selepas Kahwin, Penyanyi Marsha, Penyanyi Marsha Milan, Rotikaya, Selebriti, Twitter Marsha Milan
No comments:
Post a Comment