Recent Post

Friday, February 19, 2016

Angah Raja Lawak Akhiri Zaman Duda Dengan Gadis 20 Tahun


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dengan sekali lafaz, pelawak dan pelakon Angah Raja Lawak, 38, selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan Amira Asyura Abd Razak, 20, di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, Angah yang nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim segak berkurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Sejurus dinikahkan Angah kemudian mendirikan solat sunat syukur di depan pelamin yang indah dihiasi ros putih selain diletakkan lima dulang hantaran lelaki dan tujuh hantaran perempuan di kanan dan kiri pelamin.

Antara barangan hantaran lelaki untuk perempuan termasuk telekung, kasut, minyak wangi jenama Gucci, Kek, beg tangan jenama Versace manakala hantaran perempuan untuk lelaki antaranya kasut jenama Versace, kek, jam tangan dan lain-lain.

Majlis resepsi kedua-dua mem pelai akan diadakan di Dewan Tun Ali, Melaka pada keesokannya.

Sumber Sinar Harian

Foto Sinar Harian

Oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 19 Februari 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *