Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
Sebelum ini kecoh apabila dikatakan pelakon Yatt Hamzah sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Mutalib pada tahun lepas. Semalam, Yatt telah mendedahkan bahawa dia akan berkahwin pada hujung bulan ini dengan jejaka yang 10 tahun lebih muda darinya. Malah, Yatt Hamzah Sudah Mulai Edar Kad Kahwin.
Namun, apa yang mengejutkan apabila bekas suami Yatt telah mendedahkan punca sebenar penceraian mereka. Menurut Mutalib, bakal suami Yatt, Mohammad Zulfadhli merupakan 'orang ketiga' dalam permasalahan rumah tangga mereka sehingga akhirnya bercerai.
"Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya. Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka."
Jika sebelum ini Yatt mendedahkan bahawa bekas suaminya itu adalah punca penceraian mereka namun sebaliknya yang terjadi. Malah, ada juga khabar angin yang tersebar apabila dikatakan muncul 'orang ketiga'. Namun, Mutalib enggan memberikan komen lebih lanjut.
"Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini."
Tambahnya lagi, Mutalib tidak berasa terkejut tentang berita pernikahan Yatt malah sudah menjangka bahawa Yatt bakal berkahwin.
"Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal."
"Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka."
Apapun, perkara sudah yang terjadi. Apa yang penting, doakan kebahagian mereka supaya kekal ke akhir hayat.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Jom kongsikannya ke laman sosial anda seperti mereka yang lain
No comments:
Post a Comment