Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Mungkin kedengarannya sedikit pelik.... tetapi itulah yang berlaku terhadap pelakon dan penyanyi, Azza yang mengakui bahawa kuman yang terdapat di badan kucing menjadi punca dia keguguran baru-baru ini.
"Kuman itu yang dikenali sebagai Toksoplasma antara penyebab saya keguguran kali keempat pada awal Februari lalu," jelas Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 37.
Tambah Azza, awalnya dia telah membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mendapati badannya dijangkiti kuman tersebut yang menyebabkan kandungan enam minggunya gugur.
"Itu merupakan salah satu penyebab saya mengalami keguguran tetapi semua itu bergantung kepada individu. Ada juga orang yang membela kucing banyak tetapi tidak terkesan apa-apa, mungkin badan saya tak sekuat mereka kerana saya juga ada bela beberapa ekor kucing sebelum ini.
"Selain daripada kuman tersebut, kesibukan kerja yang membuatkan saya banyak bergerak, sekali gus mengganggu proses kehamilan saya. Tetapi apa-apa pun saya reda dengan ketentuan Allah dan semua yang berlaku adalah aturan yang terbaik buat diri saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Untuk info, Azza yang berkahwin dengan Azlan Zulaily pada 1 April 2012 itu sebenarnya pernah mengalami keguguran beberapa kali sejak 2012, 2014 dan 2015.
"Kalau orang selalu bertanya soal anak, saya lagilah tidak sabar untuk menimang anak sendiri. Itu yang saya mohon doa daripada semua agar saya dan suami berpelua ng mendapat anak nanti," kata Azza.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment