Recent Post

Friday, February 19, 2016

KP: Sistem lif di Hospital Sultanah Aminah siap dipasang


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sistem lif di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang dilaporkan tidak berfungsi dengan baik sebelum ini telah siap dipasang dan telah diguna pakai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pelaksanaan penggantian sistem lif di Blok C dan D hospital itu telah dilakukan sejak tahun lepas secara berperingkat yang melibatkan dua unit.

"Satu unit lif di Blok C dan D telah siap dipasang dan telah diguna pakai sepenuhnya bermula 28 Januari yang lalu manakala dua unit lif lama sedang dalam proses penggantian lif baru dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan iaitu pada penghujung April ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Noor Hisham menegaskan demikian dalam respons kepada laporan khas Malaysiakini pada hari Rabu mengenai sistem lif di Hospital Sultanah Aminah tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan banyak kesulitan kepada pesakit dan pelawat.

Dr Noor Hisham berkata kesemua empat lif berfungsi dengan baik dan aduan kerosakan yang dilaporkan oleh portal berita itu berkaitan kerosakan sensor pada lif baru juga telah dibaiki.

"Bagaimanapun, sekiranya berlaku kerosakan pada unit lif baru akibat pengoperasian yang tidak betul sehingga mengakibatkan kerosakan pada komponen lif, ianya akan dibaik pulih dengan segera oleh pihak kontraktor memandangkan unit lif baru yang telah siap diganti itu mempunyai tempoh tanggungan kecacatan," tambahnya.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan syarikat konsesi penyelenggaraan sentiasa bersedia mengambil tindakan pembaikan sewajarnya jika unit lif unit lama gagal beroperasi bagi memastikan kerja penggantian lif itu tidak mengganggu pengoperasian harian hospital.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *