Recent Post

Sunday, March 20, 2016

Hadi: PAS belum bincang terperinci hudud dengan IKATAN


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hanya mengadakan perbincangan awal mengenai pelaksanaan hudud selepas kedua-dua parti itu menjalinkan permuafakatan baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedua-dua parti itu belum membincangkan dengan terperinci mengenai hudud.

"Perbincangan secara umum kerana baru ditubuhkan, belum terperinci lagi. Isu hudud adalah isu undang-undang... mesti dibetulkan konsep sistem kehakiman terlebih dahulu," katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-65 PAS di Dewan Kompleks PAS di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai berkata bahawa Ikatan dan PAS sependapat yang hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Rabu lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *