Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Di dalam video tersebut, yang viral di laman sosial China, pelancong yang 'lapar' itu kelihatan menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan sebelum mencedok dan pergi bersama beberapa pinggan udang.
Namun, kebanyakan udang yang diambil terbiar begitu sahaja tanpa dimakan, menyebabkan kemarahan netizen. — People's Daily,China (@PDChina) March 18, 2016 zx11xz1974 menulis, "Apakah ini? Kamu semua tak pernah makan udang sebelum ini? Tak malu ke (berperangai) begini di luar negara?".Seorang netizen dari Fujian menulis : "Kami orang tanah besar beraksi seperti belalang di luar negara, tak kira ke mana kami pergi, tak akan ada sehelai rumput yang tumbuh".
Selain dari netizen, kelakuan rakus ini juga turut mendapat perhatian media tempatan China.
Dan jika anda mahu menyaksikan sendiri kelakuan itu, tonton video yang dimuat naik oleh shanghaiist ini.
It's buffet time!READ MORE: http://shst.me/buffetPosted by Shanghaiist on Friday, 18 March 2016
No comments:
Post a Comment