Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya berkata polis sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.
"@PDRMsia kesan billboard (papan iklan itu) dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai 'Tahanan Politik'.
"Pada masa sama, PBT diminta turunkan billboard yang menghasut," katanya.
Selain itu, katanya polis sedang mengambil tindakan terhadap Pengerusi NGO Selangor Datuk Jamal Md Yunos kerana mengugut untuk membakar papan iklan #BebasAnwar.
Rabu lepas, Jamal yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain rentang di papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya sebagai tanda protes selain mengugut untuk membakarnya.
Jamal berkata kandungan papan iklan itu mencabar keputus an mahkamah terhadap Anwar.
Beliau mendakwa terdapat lebih 20 papan iklan itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di Subang dan Rawang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada Jamal dan beberapa saksi berhubung insiden itu pada Khamis lepas.
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukum penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
- Bernama
No comments:
Post a Comment