Recent Post

Thursday, August 13, 2015

9 pelajar maut nahas di Selatan Thai


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sembilan pelajar berusia lapan dan 15 tahun maut selepas trak pikap yang mereka naiki untuk pulang ke rumah terbabas dan merempuh sebatang pokok di Narathiwat kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, dua pelajar dan pemandu trak pikap itu maut di tempat kejadian manakala tujuh pelajar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Narathiwat Rachanakarin.

Dua lagi pelajar berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Takbai, Pol.Kol. Jiradej Prasawan berkata pemandu kenderaan itu dipercayai memandu laju dalam keadaan mengantuk apabila hilang kawalan ketika melalui Kampung Sapom.

Katanya akibat rempuhan itu, beberapa pelajar tercampak keluar dari kenderaan itu. Kesemua pelajar berkenaan adalah dari Kampung Koh Sawat dan Saikhao, Takbai.

Dalam kejadian berasingan di Pattani, dua anggota polis maut manakala tujuh lagi cedera selepas van polis yang mereka naiki merempuh sebuah kereta perisai tentera yang berhenti di tepi jalan di Jalan Prang-Khokpo pada pukul 10 malam semalam.

Seorang pegawai dari Balai Polis Daerah Khokpo, Kapten Tripech Sealeaow, berkata kemalangan itu berlaku ketika kesemua anggota polis itu dalam perjalanan pulang ke balai itu dari wilayah Trang.

Beliau berkata semasa kejadian, 11 anggota tentera bersama kereta perisai tentera itu terlibat operasi mengawal keselamatan di sepanjang jalan tersebut.

Katanya seorang anggota polis yang cedera memberitahu bahawa pemandu van itu tidak melihat kereta perisai itu berhenti di kawasan gelap di sepanjang laluan itu.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *